CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, December 30, 2011

~ I. M. P. I. A. N.~


Impian..

ingin menjaga sendiri anak

seperti mana ibu-ibu kita dulu yang gigih menjaga kita

tanpa bantuan nenek kita sangat kan?

Tapi..

saya harus bekerja membantu dan meringankan apa-apa patut..

Saya ada impian..

untuk bekerja sendiri dan dalam masa sama

mampu untuk menjaga dan menguruskan anak

mampu untuk ke sana ke mari uruskan perniagaan sendiri

maybe, one day =)

insyaAllah

*pray for my dreams come true*

Selamat hari jumaat yang indah kawan-kawan

Salam penghujung tahun
Much Lurve~ :D

Thursday, December 29, 2011

Gift for Baby Shower~

Sedang mencari hadiah untuk si bayi baru lahir?

atau sebagai hadiah hari jadi?

Do let me know.. Kami beri servis terbaik untuk anda! =)

Berikut adalah CONTOH sahaja:












Kalau ada sape-sape nak tempah, bagitahu saya ye..

untill then, Much Lurve :)

Wednesday, December 28, 2011

Kenangan di Bukit Kenangan

Kenangan...

kat Taman Bukit Kenangan..

sepanjang tahun 2011~

cuma awal bulan Ogos sampai sekarang dah tak duduk sana..

ye, rumah sewa kami..

akan we let go untuk disewa orang lain pulak..

sebabnya agak jauh untuk saya berulang alik dari rumah yang sememangnya dekat sesangat dengan tempat kerjaku, ulang alik ke rumah mama di Sungai Chua untuk hantar Mizan dan kembali semula ke ofis, pastu balik rumah mama pastu nak balik semula ke rumah sewa kami... o_O??

Sounds too costy on petrol & time~

Jadinya, kami decide untuk letgo rumah tu dan cari rumah sewa di sekitar Sungai Chua~

Bagusnya, rumah sewa kat Taman Bukit Kenangan dah ade orang nak sewa tapi kitorang masih belum jumpa rumah sewa baru kami...

So, dua-tiga harini gigih mencari rumah sewa.. sebab macam nak hidup berdikari kami 3 beranak. Heks

Kawan-kawan, kalau ade rumah sewa letme know ya!

Thank u~ =D

Rumah sewa tu kami duduk seawal 3 hari selepas berkahwin, newly-weds..
duduk sana selama 9 bulan mengandungkan Mizan.
now, must say bye-bye!

tata for now :)
Much Lurve~
tak sabar nak dapat rumah sewa baru ;)

Tuesday, December 27, 2011

DUA PULUH ENAM!

Salam penghujung tahun~
 Tinggal lagi beberapa hari kita nak habiskan tahun 2011 ni kan..
Dalam 365 hari dalam setahun, tarikh 26 Disember bagi saya mysterious sikit! Bukan apa, kadang-kadang pada tarikh ni saya amat sedih tapi kadang-kadang hari yang gumbira juga! Bergantung pada orang & situasi. Tapi Alhamdulillah, tahun ni okay :) tak sedih tak gembira sangat jugak. Biase-biase jerr.. =)

Secara jujurnya, setiap tahun saya takde azam sebab bagi saya apa yang saya nak lakukan akan saya lakukan jika dengan izin-Nya kan.. tapi tahun ni datang azam yang didorong oleh buah hati Mizan Armany.. Betul la cakap orang kan, ade anak ni lain sikit, apa-apa yang kita buat semua untuk dia. Nak buat yang terbaik untuk dia. Alhamdulillah.. 

Tahun 2011 kenangan paling manis mestilah lahirnya si comel Mizan Armany yang hensem~ ;) tengok keletah dia je hilang segala penat masalah sedih semua!

see, betul tak ape i cakap.. ;)

Dan untuk tahun depan, upcoming 2012, saya mengharapkan yang terbaik untuk keluarga saya! Agar rezeki lebih murah, dipermudahkan perjalanan kehidupan, tetap & kuat iman dan menjadi isteri juga ibu yang terbaik. Setiap hari saya tetapkan azam ingin menjadi yang terbaik dan berusaha sedaya upaya tapi rasanya belum cukup. Masih kurang sana-sini, masih nampak lompong~ Mungkin kena rajin banyak-banyak kott.. 
Haa, nak berazam supaya badan menjadi extra ringan supaya leh jadi Supermomma. ;) hehee

Till next entry, Much Lurve all~

~saya mahu lebih cergas&aktif supaya penyakit malas tak datang! ;)

P/S: sape-sape ade planner lebih yang tak gune, leh la bagi saya ye? hihii =) kenapa planner? sebab saya masih konservatif yang lebih suke menulis bila datang mood bersungguh-sungguh -_-'' (sebenarnya malas nak taip kat bb- leceh)

Friday, December 23, 2011

Giveawayyyyy from tote boutique~



Tote Boutique ni salah satu jahit kedai onlite kat Malaysia ni. Kalau korang nak tote bag, diaper bag, purse, porch, coin box atau sewaktu dengannya dengan kain yang berkualiti tinggi boleh la korang tempah disini

Contoh produk daripada tote boutique:



See, cantik kan kain yang digunakan? Teruja tak?
Harga pun berbaloi-baloi.


Kalau kawan-kawan nak join giveaway ni, pi kat blog dia dan paste banner kat atas sekali tu beserta link tote boutique kat blog korang! =)

Good Luck & Much Lurve~

Nebulizer~

Salam Jumaat =)

Ohh happy yer dah hari jumaat? Super duper happy sebab Isnin cuti ye.. 

Me pun happy harini sebab dapat cukup tidur yang sempurna :) 
Sebelum ni 3-4 malam tidur kejap-kejap sebab Mizan cranky every hours..baru nak lelap mata Mizan pun nagis sebab tak selesa dan hidung tersumbat.
But alhamdulillah hari rabu dah bawak dia ke Klinik pakar kanak-kanak Wong kat Sungai Chua.. area KFC Sungai Chua. Sampai dalam kol 7malam,tunggu kejap dalam 10 minit terus dipanggil masuk. Doktor perempuan cina ni okey la peramah. Dia tanye itu-ini, sembang-sembang ambil bacaan berat Mizan then terus buat Nebulizer. Masa mizan sedup wap gas tu menangis-nangis dia sebab pedih hidung. Kesian sangat tapi tabahkan hati sebab untuk kebaikan dia jugak. Nak cepat baik kena la tahan sikit ye sayang T_T

Nebulizer ni disedut untuk mencairkan kahak. Masa ni selsema Mizan agak teruk sampai meleleh-leleh keluar. Me dah try guna nose cleaner before tapi gagal sedut selsema tu.. huhuhuu

source google

Budak dalam gambar ni baik je, Mizan sampai terjerit-jerit nangis -_-''

Sebernanya Mizan selsema dah lama jugak tapi light je tak teruk mana, tapi lately 3-4 hari kebelakangan ni bertambah teruk dengan batuknya, dengan kahaknya sampai tidur pun susah lena sebab hidung dia tersumbat. Tapi syukur je tak demam kan. So far Mizan belum demam lagi. Alhamdulillah~

Jadi nak balik doktor bekalkan ubat selsema, ubat batuk dan ubat titik kat hidung dan doktor pesan kalau tak elok dalam masa 3-4 hari kena datang lagi. So malam tu siap-siap bagi Mizan ubat and malam tu me + Mizan dapat tidur lena =) such a relief~ Malam tadi pun Mizan ok, dah tak cranky nagis-nagis :) cuma selsema dia belum baik sepenuhnya lagi. Pagi tadi sebelum gi keje bagi dia ubat lagi. 

Haa kisah nak bagi dia ubat 1 hal, bayangkan bayi yang baru berusia 4 bulan setengah ni dah panjang akalnya.. Dia tak suka ubat selsema tu boleh dia keluarkan balik.. me bagi pakai syringe dia kemam mulut dia takmau bukak! Ishh.. so me pun pandai bagi dia air kosong..tengah dia sedap-sedap minum air me tarik and sumbat ubat dalam mulut dia! Heh..sorry sayang ;) tapi lepas tu bagi dia minum air cepat-cepat balik.. Haduihh.. kalau dia dah besar sket and nak kena bagi dia ubat lagi camane la gaknye -_-

So hopefully anak mama ni cepat sembuh dan baik sepenuhnya ye.. haa hari minggu ni kita ajak papa gi jalan-jalan ye.. So Mizan kena cepat sihat! We love u so much!! =)

si budak bijak yang beratnya dah 7.4kg!~ *lenguh lengan*

Berbalik nak update cerita pasal Mizan Armany ni, baru-baru ni dia dah makan his first solid food! Yerpp at his 4 months old kitorang dah introduce dengan solid food. Sebelum ni bagi cerelec rice tu dia taknak. Campur dengan susu dia pun dia tak mahu jugak but suprisingly dengan Heinz Farley's Rusks Mizan like it very much!! =) hehehe

 Mizan makan biskut ni dengan susu. Setiap hari 1 keping. Setengah keping tak cukup!
lepas makan dia tido kekenyangan. Haihh~~

Mula-mula rasa dia perlukan solid food sebab asyik hisap je toys dia. Apa kat tangan semua dia nak hisap.

salah satu toy yang dia suka hisap. Macam hisap soother.

Oleh kerana Mizan dah start dengan solid food, me terasa nak beli tooth wipes supaya baby's gum sihat!




Tissue ni selamat sebab : Tooth Tissues are disposable textured dental wipes specially designed to help remove plaque from your baby and toddler’s teeth and gums. Tooth Tissues are perfect for busy new parents eager to get their child off to a healthy start. Formulated with xylitol – a natural cavity fighter, use Tooth Tissues with confidence because they are all natural, fluoride-free and paraben-free. (gila malas nak taip sendiri ye?) more here

Oke la, dah panjang ni..
Selamat berhujung minggu =) Cuti selama 3 hari lagiii!!! 
I'm gonna persuade hubs to take me and mizan jalan-jalan :) 

EAGERLY WANTED AND NEEDED!! ;)

Take care and Much Lurve!

Wednesday, December 21, 2011

Busy week!~


minggu ni sangat sibuk. Super busy week!
Isnin haritu dah amik Annual leave jaga anak sebab my mum keluar =)
selase sangat sibuk buat kerja + buat kerja boss baru bagi~
harini rabu, sambung siapkan plan-plan rumah valuer ni..
besok khamis macam kena ambil half day sebab mizan batuk + selsema + ade kahak.
nak bawak pi klinik kat wangsa maju setelah baca ni

nanti bile i free will update lagi yek..
see ya~
Much Lurve =)

Friday, December 16, 2011

♥ Love in marriage ♥


"even my child started to walk without any support, but my wife
still holds my hand while walking"



"you don't marry someone you can live with,
but you marry the person who you cannot live without"


This two quotes present me well..

For my two heroes in my life; you are my world, my rainbow after rain

my laugh and my tears
my life now complete,
i shall be thankful to Allah, Ya Rabb, our Almighty
Alhamdulillah..



"a women worries about the future until she gets a husband,
while a man never worries about the future until he gets a wife"

Selamat berhujung minggu :)
What u gonna do?
Me definitely spend quality time wif my loved ones~

Much Lurve~

Wednesday, December 14, 2011

Garrett Popcorn in da houz yaww~~ ;)

Last weekend saja bawak Mizan jalan-jalan kat KLCC.. Dah penat pusing-pusing tolak stroller kat taman, Mizan pun merengek nak tido so decide masuk dalam shopping complex yang sejuk~ Tengah duduk tunggu sambil sumbat botol susu me nampak Garrett's!! Wah.. best~ Harus try!!

Tengok orang yang beratur nak beli tu toksah cakap la.. panjangggggg nyee.. sampai depan Candylicious Shop! Ok fine, semua orang dah tahu kesedapan popcorn tu..

Me pun wink wink encik suami tersayang kat sebelah, dia pun terpedaya tolong beratur belikan me popcorn tu... Wahhh lagii!! =)

We bought Caramel Crisp in medium size and for me it's too sweet! Dah macam makan ber-ulamkan air pulak..

Tapi at last, me dapat jugak la merasa popcorn yang oprah sebuk rekemen kan tu ;) hemohemo
Next time leh cube beli perisa buttery pulak kan? hehee

Caramel Crisp~


My first Garrett ;) thanx to my darling hub~ hemohemo

Ohh, pictures jalan-jalan kat taman KLCC? Ok jap..

 alooo..nape anak mama masam-masam nihh?
dah bawak jalan ni.. oooo, nak tido rupenye  ;)

 Both father & son moment =)
*love*



Until then, Much Lurve all~
:)

i love u honey bunch! :)


Tuesday, December 13, 2011

Wishing Well~

 Shout Out 21st Birthday to my youngest brotha!!
Semoga kau bertambah matang~
Jangan menyusahkan orang tua ;)
hahahaa..

So, dah jadi tradisi sape punye birthday kene belanja makan!
Hoyehh~~

Pizza Hut 7 Chessy Wonders ;)
yummehh~~

P/S: dah lama gile takde gamba makanan dalam blog ni ;)
last mase preggie.. hehee

Next, i wanna wish 

Selamat pengantin baru eija =)
Semoga kekal hingga akhir hayat

Juge nak ucap Selamat pengantin baru buat kawan lama Alia Ali, my classmate mase dajah 6!
Dia memang sangat cantik macam Bidadari :)

Picture grab from her FB ;)

Sorry, i can't make it to ur wedding.. my aunt buat kenduri doa selamat
Semoga alia bahagia dan timang anak comel-comel!! 
=)



Much Lurve from me and my family :)


Friday, December 9, 2011

new car from atok! :)

It's fridayyy yaw :)

Semalam lepas balik keje, my dad bersungguh-sungguh ngajak beli walker untuk cucu kesayangannya ni..
sebab semua komplen penat dukong si bulat Mizan..Hiks! memang pon..

So, me pun suggest beli kat Kasih Ibu Seksyen 8 Seri Bangi


Sampai-sampai je, suke betul Mizan..lagi suka bile atok dia kate, pilih jerrr nak yang mane.. Haihh bulat mata dia dok memilih.. 

muke khusyuk memilih~
 hee suke sukee!!
nak ituu, nak iniii... nak sumee!! ;D

err..tak tau nak pilih mane laa.. 


 lotssa choicess~~

err..boleh ke menda ni tampung berat badanku??
huhuu..

 nenek meng-adjust; seb baik muat montotku~
tapi nek, yang sana cantik gak kan? hihii

 test gear reverse~
okeh sampai pon kaki! ;)

 nenek, cool tak mizan?
hemsem tak??

 Yeayyyy...
i'm enjoying dis :D

 Erghhh~

Oke, dah boring~
;)


xxxxxxxxxx

Last weekend, sempat terjah IKEA.. Saje-saje jalan, konon nak cari barang-barang Mizan. Toys~ to be exactly..

Pictures: 
 besarnyee carrot ni mama..sempit tempat mizan~



 murah-murah la jugak soft toys IKEA

 Which one do u want sayang?
waff waff!!

 mencuba keempukan patung-patung~

 patung demok untuk dijual~

Penat sangat berjalan..sampai umah pengsan tido tak sedarkan diri~ Tido bukak lampu pon lena je ;)

blanket yang dibeli kat IKEA, best lembuttt jer :D 


So, barang-barang yang dibeli kat IKEA tak sempat nak snap picture. Beli carrot yang besar & empuk tu sampai berebut-rebut ngan aunty bell dan mummy dia.. beli soft toys Mizan dua (nanti mama dia ade new project dengan soft toy berkenaan), blanket biru, beli ape lagi eh? haa, tempat pemberat tisu dan bakul baju mizan. Nanti nak pi lagi laa bawak nenek pulak. Sure nenek Mizan pun gile teruja lepak berjam-jam lama dalam IKEA tu..

Enuff of this entry, mama Mizan dah lenguh tangan. Weekend ni ade kenduri kahwin & isnin yang CUTI!! :D
best,best!! Boleh spend masa dengan Mizan lama-lama, taking care of budak demok ni :)

P/S: sempat pegi Pureen Warehouse, tapi takde picture~ so, no entry bout dat! Sorry, tapi serious jelous dengan mummy-mummy's yang dapat borong baju baby boys yang cantik2!! huhuu memang macam nak pegi lagi jer ;)

Happy weekend everyone!!
Much Lurve~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...