CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Tuesday, December 27, 2011

DUA PULUH ENAM!

Salam penghujung tahun~
 Tinggal lagi beberapa hari kita nak habiskan tahun 2011 ni kan..
Dalam 365 hari dalam setahun, tarikh 26 Disember bagi saya mysterious sikit! Bukan apa, kadang-kadang pada tarikh ni saya amat sedih tapi kadang-kadang hari yang gumbira juga! Bergantung pada orang & situasi. Tapi Alhamdulillah, tahun ni okay :) tak sedih tak gembira sangat jugak. Biase-biase jerr.. =)

Secara jujurnya, setiap tahun saya takde azam sebab bagi saya apa yang saya nak lakukan akan saya lakukan jika dengan izin-Nya kan.. tapi tahun ni datang azam yang didorong oleh buah hati Mizan Armany.. Betul la cakap orang kan, ade anak ni lain sikit, apa-apa yang kita buat semua untuk dia. Nak buat yang terbaik untuk dia. Alhamdulillah.. 

Tahun 2011 kenangan paling manis mestilah lahirnya si comel Mizan Armany yang hensem~ ;) tengok keletah dia je hilang segala penat masalah sedih semua!

see, betul tak ape i cakap.. ;)

Dan untuk tahun depan, upcoming 2012, saya mengharapkan yang terbaik untuk keluarga saya! Agar rezeki lebih murah, dipermudahkan perjalanan kehidupan, tetap & kuat iman dan menjadi isteri juga ibu yang terbaik. Setiap hari saya tetapkan azam ingin menjadi yang terbaik dan berusaha sedaya upaya tapi rasanya belum cukup. Masih kurang sana-sini, masih nampak lompong~ Mungkin kena rajin banyak-banyak kott.. 
Haa, nak berazam supaya badan menjadi extra ringan supaya leh jadi Supermomma. ;) hehee

Till next entry, Much Lurve all~

~saya mahu lebih cergas&aktif supaya penyakit malas tak datang! ;)

P/S: sape-sape ade planner lebih yang tak gune, leh la bagi saya ye? hihii =) kenapa planner? sebab saya masih konservatif yang lebih suke menulis bila datang mood bersungguh-sungguh -_-'' (sebenarnya malas nak taip kat bb- leceh)

2 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...