CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, November 30, 2012

WAREHOUSE SALE DI HARI MINGGU ;)

Amboii tajuk post CapsLock abiss, penting gempar sangat ke??

Hihihii dah nak masuk hujung minggu baru nak update hujung minggu lepas punye entry?? Mood kelaut nampak.. Kelaut sebab nak masukkan video Mizan jugak yang memakan masa 4 hari nak muat naik!! Apa pun tak beley~

Minggu lepas kemain banyak laa jualan gudang sana sini, heppy sokmo mama mizan ;)
Sabtu pagi-pagi mak pak Mizan dah kuar demi berebut-rebut di Jualan Gudang Pureen (Bahasa baku Sastera kemain) Kol 8.45 dah kuar umah my family-in-law kat Sg.Buloh, Mizan tinggal kat sana, takmo bawak. Kol 9.30 dah sampai, nasib sungguh baik sebab tunggu x sampai 10minit dorang dah bukak pintu!! Hoyehh ;) terus asak-asak masuk, aim terus ke tempat baju-baju. Heheh manage to grab emm 12 pasang kot baju Mizan, 2 pasang baju Bahira~ Puas hati terus ke tempat toiletries pulak, amik head-to-toe wash sampai 2, murah rm9 je satu =) Bottle cleanser refill sampai 6 pek, stok sampai jualan pureen akan datang ke??  sabun basuh baju jenis detergent liquid 2 botol, 3 botol susu, 3 pek teats, sikat, berus gigi jenis getah tu, emm apa lagi ek, bedak 1 set ade 3pcs tu..haa kat situ je total cost almost RM400! Hihii sejam dah setel sume task membeli barang-barang Mizan. Kol 11 pg dah sampai umah Sg. buloh balik, sume gagal nak tidokan si kecik Mizan Armany ;)

Gambar takde, tak sempat amik -_-''

Hari ahad pulak, berjaya ajak si suami pegi Loreal Warehouse pulak! Oh mak, mama Mizan dah gile membeli!! Murah tersangat murah!! Rugi pergi ari ahad, dah banyak barang habis. Macam i memang kebanyakkan guna produk Loreal & Maybelline, so memang rasa nak borong je semua!!
Cari 2 produk yang i selalu guna which are Loreal shampoo& conditioner takde pong....... Pastu me guna krim muka Loreal Revitalift yang memang sesuai dengan kulit tapi malangnya pun dah sold out T_T Sobs~ 

Dalam pada sobsobs tu pun total damage that day rm180~ Meh tengok apa i sambar oke?



Okey, Lipstick rm5 sahaja okeh!! me grab 2, 1 bagi my mum ;)
Lip balm tu 2 rm5!! Tak gile ke ko?? memang harus grab arr..
eye shadow rm15 satu~
Derma Genesis tu untuk kecikkan liang pori RM15 kot,
Loreal Perfect Clean tu ialah scrub RM5 (eh apasal aku start dari bawah ni? em xpelaa)
Toner Derma Genesis tu rm5 kot
Loreal White Perfect tu rm20 satu, i beli dua, satu nak bagi adik ipar~
haa dalam pek loreal white perfect tu, 1 kotak tu rm20 je..
Garnier eye lift tu rm10 kot
lastly, mascara serum tu rm10 je kot rasanye..
heheheh~
Eh lupe pulak, yang kaler biru tu Mizan punye, Loreal Shampu for kids perisa blueberry rm5 je.. Amboii Mizan, barang pun Loreal jugak?? Tu papa Mizan yang amik~

Agaknye kalau pergi ari Jumaat rasenye lagi banyak barang yang amik kot kan? Hihii apa-apa pun Loreal Warehouse adalah 1 tempat WAJIB pegi tetiap tahun. Leh stock up barang mekap yang sangat-sangat jarang beli. Beli setahun sekali je sebab sangat jarang pakai. Pergi kerja pun tak pakai mekap. Pakai krim muka je sebab untuk UV protect pastu tepek bedak talkum Mizan.. hehehe

Dalam banyak-banyak tu, i dah try krim muka Derma Genesis untuk kecikkan liang pori muka. Almaklumla, liang pori i besar-besar, so bila pakai tu nampak kecik sikit la (sambil tengok cermin) hihi..

Ok, enough entry warehouse kali ni, Selamat Berhujung Minggu lovelies readers & bloggers!
Much Lurve =)
me selitkan sekali gambar si buchuk my Mizan Armany!
Jom spend time with family!! 
=)


abaikan berselerak kat belakang tu, tengah lipat baju ;p



Allahhu Akbar ;)

Bye!

Thursday, November 29, 2012

Mizan Armany 15months~ dapat kaki =)

I've tried to upload this video since Monday tapi asik tak boleh je..hukhuk now dah hari khamis, entry hari minggu pun tak cerita lagi. Okeyla, cuba upload lagi video Mizan yang baru dapat kaki ni ye.. dah upload lam fb~ Success!! =) 

Memang tak boleh upload video, next saya cuba upload dalam youtube pulak, dan cuba trensfer ke sini, kalau tak boleh jugak, memang usaha gagal laa jawabnye...



Haa sekejap je dah boleh. So, harini saya belajar kalau nak upload video mestila upload kat youtube dulu baru senang nak masukkan dalam blog. Fuhh, 4 hari belajar ni, at least i'm still learning sumthing new kan ;)

Banzaiiii!! =)



P/S: Sorry kena telengkan pala nak tengok video ni.. Next time i try my best amik video straight ye..Bye, Much Lurve!!

Friday, November 23, 2012

Family Dinner Time at Park Royal Bukit Bintang ;)

Abangku murah rezeki nak belanja makan satu family. Alhamdulillah :)

Buffet time with my loved ones :) Enjoyy!! Nanti bulan 12 akan ku fikir-fikir kan tempat laen pulak yek~
*sambil intai-intai tabung nak belanja 2 family sekaligus* ;)

Enjoy the picture as am enjoying my food that night..hihii

sebahagian gamba makanan. Too lazy to capture! Thanx to my sis yang rajin pi amik ;)




muke tahan masam ;)

Love 'em both!! 

my mum n my sis-in-law ;) rezeki dia join same..

gegirls ;)



Mizan Armany, apple of nenek's eyes!


sangat manja dengan nenek, yelaa nenek yang jaga kan..
Family potrait ;)

Mizan dear, look here!!

Mizan with his angah~


mama cakap, "ni sume anak dara :p"


Mizan Armany yang dah dapat kaki :D

Play hide-and-seek with his papa :))

nak jalan sendiri takmo pegang-pegang~


Actually i try nak update since hari khamis lagi tapi takleh upload gambar sebab storage untuk gamba dah penuh T_T               i rase down giler, kena buat blog baru ke hapa ni..
Then berkat hari Jumaat yang mulia, i godek-godek and try upload gambar kat Google+.
Wah cepat & laju giler!! i suke =D

Alhamdulillah, let's see sampai bile i boleh upload gambar ni ye coz i love photographing!!

Okeyla, dah nak balik ni, emm my mum pun kurang sihat. Mizan Armany batuk & selsema, baru baik demam. Demam nak tumbuh gigi geraham, naik 2 gigi sekaligus! i nak upload video Mizan jalan, emm next entry la eh, see u next week! Much Lurve all, happy weekend!!

P/S: tak sabar nak gi berperang kat Pureen Warehouse esok!!

Tuesday, November 20, 2012

Adik Iparku Bertunang~ Purple Day

Assalamualaikum. =)

As usual this is a catch up entry dimana majlis ini dah berlangsung 2 minggu yang lepas! hehee biase laa, kamera tertinggal kat Sg. Buloh, jadi bila nak update blog, banyakkk je keje lain lagi. Pun banyak jugak entry nak update!

Macam biasa jugak akan masukkan loads of pictures here and less-words for sure! hehee

ni laa dia adik ipar ku yang cantek-menawan-dah-disunting orang ;)

hantaran daripada pihak perempuan

Red velvet cake buat sendiri okeyh~

black bottom cheese cuppies. buat sendiri jugak ;)






my beloved family in-laws =) *mama-atik-ayang-bahira*


kawan-kawan yanty

sepanjang majlis berlangsung~

hantaran




make-up by herself. Kagum tak? Pelamin pun papa buat sendiri =)

pengapit cilik, temankan maktik yang neves ye..hihii

Mizan Armany pun nak jadi pengapit? ke tersepit?

sarung cincin~

muah-muah


Alhamdulillah


Mizan Armany! =)


Alhamdulillah, setel 1 majlis. Ada lagi 1 majlis besar lagi menanti bulan 2 tahun depan! Ahh i can't wait ;D
Hihii. Ada lagi  1 entry lagi bakal nyusul minggu ni. Entry Dinner makan-makan. Cukup untuk harini, nanti sambung lagi okie? Much Lurve! =)

P/S: si Mizan Armany demam panas. Demam nak tumbuh gigi gaknye sebab semalam masa mandikan dia tengok gigi bawah dah putih kat gusi dia tanda gigi nak naik ;) hihii sian anak mama, cepat sihat k sayang! Mama dia pun cam tak berapa sihat gak. Huhuhuu namun kuatkan diri je. Harus sihat untuk jaga keluarga! Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...