CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Wednesday, July 30, 2014

Wordless Wednesday: Atok!!

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya =)

Cerita raya kite cerita kendian yek..

Ni gambor masa puasa. Kamera hp kat tangan Mizan. Dia dok snap pictures atok Sg. Buloh dia sampai 11 gambor! Then tunjuk kat atok, atok cakap... "Eh, hensem la atok, pandai mizan amik gambar atok ye" =)

Dah besar nanti amik gambar mama banyak-banyak pulak ye.. Mesti dia kate mama tak fotogenik arr!!





Takkan la mama nak letak seblas seblas gambar atok tepek kat sini kan, semua same je bila Mizan Armany jadik fotografer ;)

Mizan memang sayanggg sangat ngan atok nenek Kajang & Sg. Buloh :) Moga jadi anak yang soleh :)

Thursday, July 24, 2014

Pre-Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum w.b.t =)

Amboiii anak teruna kecilku dah pandai nak bergaya hensem-hensem.. Hari Jumaat malam haritu ajak papa dia beli baju melayu untuk Mizan Armany. Jey nak kaler blue katenya! Suka betul dia.. lepas tu terus pi amik sampin & songkok kat kedai bapak dia..

Hari Sabtu sampai 3 kali try baju melayu dia, Sibukk tanya, mane KEDU JAN? (Kaler blue jan) Means mana baju raya dia yg warna biru tu? Haihh.. Belum kira dia test lagi hari Ahadnya pulak. Excited betul dia nak raya. Dia mane tahu lagi maksud raya tu apa. Cuma dia seronok dia nampak hensem pakai baju melayu tu.. Ekekee



Ni gambar hari Sabtu, testing yang kedua.. Sambil cakap dengan maktik nya..



Ni hari Ahad, dah gunting rambutnya. Bertambah hensem ;) hihii


Udah-udah ler tu, kang belum raya tapi baju dah koyak pasal asek pakai aje..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat warga bloggers :)
Ampun maaf dipinta
Berhati-hati di jalan raya!

Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday: My SWAG boy Part II

Assalamualaikum =)

Mizan ni peel dia, apape barang yang kita belikan, mula-mula dia taknak, lama-lama baru dia heran nak pakai atau main barang tersebut.

Contoh memang banyak. Tapi harini nak cerita pasal angah dia ada belikan dia shades oakley, lama dah sebenarnya. Mula-mula dia tanak pakai, pujuk macam mana pun tetap TAKNAK! kata dia. Haihh...

Tapi tah macam mana satu hari tu dia nak pulak pakainyee!! Pakai sampai taknak bukak pulak tuh! Ni ha makan sampai pakai speks. 







Yupp, Mizan masih lagi guna kerusi ikea ni sebab kerusi ni je buat dia disiplin makan dengan betul. Tapi kalau makan bersuap lagi banyak dia makan =)

Bye!

Tuesday, July 22, 2014

Ceritera Si Mizan Armany

Assalamualaikum w.b.t :)

Setiap hari dok becerita pasal anak bujang kesayangan ni. Yelah baru sorang kan, so memang tertumpu kat diaaaa jelaa. Tangkai jantung hati kesayangan. Al-kisahnya masa hari minggu yang sudah-sudah, mamanya ajak la family gi aeon Bandar Mahkota Cheras sebab kat situ ade Daiso, misi mengemas rumah katenyee...

Kat situ kan boleh sewa troli mickey ni, tinggal 1 je, rezeki Mizan nak naik lettew..layankan saje..


 malas nak layan mama~



Punyela seronok ini budak dapat naik troli ni.. Masa dah habis shopping nak pulangkan troli ni boleh pulak budak ni buat drama air mata. Taknak turun, nak bawak balik katanyee! Uwaaa..

Mama dia pun pujuk la macam-macam, kata jom naik atas, kita main game. Baru la dia nak turun, sekali naik atas terus ke tempat parking. Pelik budak ni, kata nak main game? Tak kuasa nak layan dahh nak oii... Moh ler kite balik ;) Haihhh



Ni gambar melayan budak ni nak belon kat Sogo, tengah tunggu maktiknya. Habis dibuli mamanya suh pakai belon jugak.



Si kesayangan ni nak masuk 3 tahun lagi 2 minggu! Jey nak potong kek katanye.. Tengok tu dia memang dah pandai demand.

Terima kasih Allah atas pemberian ni. Penceria dan kebahagiaan kami dalam keluarga =)

Monday, July 21, 2014

My Sk8er boi!

Assalamualaikum w.b.t =)


Papa Mizan memang dah lama teringin belikan anak dia skate board! So satu hari termakbul hajat ;) Mizan macam biasa hepi dapat mainan baru walaupun agak jarang jugak belikan dia toys.

 Safety first!



 Ini ye cara dia main skate board selepas
jatuh bila dia main berdiri ;)

macam ni baru selamat skitt...

 takut jatuh lagi jadi pegang mama pun bolehlaa!


Petang tu dia ajak papa main kat taman pulak.














Friday, July 11, 2014

Rabbit A.K.A cik Nab

Assalamualaikum w.b.t








Ni haiwan peliharaan maktik (adik suami). Gebuss giler! Baka Teddy Bear dengarnya.

Saya panggil, carpet bergerak. Memang geram! For now, arnab2 ni masih takut-takut lagi. Masih dalam peringkat menyesuaikan diri ;) Nanti tetiap 2 minggu sekali maktik bawak balik Sg. Buloh bagi main dengan Mizan. =)

Thursday, July 10, 2014

Part Time~

Assalamualaikum w.b.t

Saya baru sebulan lebih / 2 bulan run business kain pasang. Sebelum ni letak kat butik / rumah mertua kat Sg. Buloh je. Awal bulan puasa saya dapat offer untuk bukak booth kat KPJ Kajang. Kebetulan stok-stok Jelly Shoes memang ada kat rumah sebab suami nak start menjual kat KL.

Bincang dengan suami, suami agree. Hari Selasa Ramadhan ke-4 saya ke KPJ Kajang untuk diskas dan setuju untuk bukak booth selama 3 hari, rabu sampai Jumaat 2-4 Julai. Jual kain pasang & Jelly shoes.

pemandangan dari booth saya pintu masuk KPJ Kajang.

First day hari Rabu tu saya sorang je yang bukak booth. So macam jadi tumpuan sikit. Alhamdulillah Allah permudahkan dan bagi rezeki lebih bulan puasa.






Alhamdulillah.. pengalaman pertama saya bukak booth. Menyeronokkan =)

Hari khamis baru ade jiran kiri kanan, jual telekung, blouse, pen digital beserta Al-Quran.

Nanti Insya Allah kalau Allah izinkan, nak bukak booth hari Sabtu pulak.


Syukur Ya Allah.
:)

Wednesday, July 9, 2014

Grand Lexis Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t

Salam Puasa Ke-11 =)

Alhamdulillah, buka booth 3 hari kat KPJ Kajang minggu lepas, 2-4 July 2014. Nanti saya up cerita tu ye.

Ni nak cerita short getaway holiday 1 family saya seminggu sebelum puasa kat Grand Lexis Port Dickson. Best, Nyaman & puas berendam dalam kolam i tell yu..! Hihii =)


 At le Lobby, while checking-in


 Atok with his cucu. Si manje atok!


 Dengan gitar yang baru beli semalam-tapi-dah-putus-tali~


 Our private pool ;)







Kitorang sewa 2 bilik, 1 bilik untuk perempuan, lagi 1 bilik untuk bujang-bujang. (Bujang laa sangat!) Bilik bujang depan bilik kitorang je. Masa tidur sini 1 malam je, Mizan tanya kat mama dia, "ma, ni rumah sape?" Hee.. then nenek dia jawab, ni rumah nenek! Nenek request nak dok sini lagi lepas raya. 


 At le boys room~ 

So petang tu tak tahu nak buat ape, kitorang jalan-jalan kat sekitar kawasan hotel tu je.









 Kirenye ni edisi Meet-my-Family la..
Raya nanti akan me expose lagi muka keluargaku yek ;p


pool untuk kanak-kanak,
tapi Mizan tak mandi pun kat sini
best lagi berendam dalam pool bilik.



 parut jatuh masih jelas nampak.
Now dah takde sebab Mizan dah kopek habis.





 Our room~


 Arcade Games.
Kat sini macam-macam games ada.
Game mesin lumba keta, Wii even leh lawan Sumo!


 lawan la korang.
Kitorang tukang sorak je.






budak ni pun sibuk nak main jugak.
Sebelum tu dah layan dia main game kereta.
Jey, nak racing car!
Amboii, kemainn!


Thanks bell sebab sponsor tidur kat sini ;)
Best!
Bye! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...